HLM Takaful i-Hospital Care

Keperluan Perubatan Anda Dijaga

Sila pilih jantina anda

RM 400 | -25%

HLM Takaful i-Hospital Care

Keperluan Perubatan Anda Dijaga

Membayar manfaat tunai sehingga RM500

sehari selepas kemasukan ke hospital

Dua kali ganda manfaat tunai

sekiranya dimasukkan ke hospital akibat Kanser

Permohonan mudah

Tanpa sebarang pemeriksaan perubatan

Perbaharui dengan mudah

Untuk tambahan 10 tahun perlindungan sehingga 2 kali

Meliputi kemasukan ke hospital

Di Malaysia, Singapura dan Brunei

Penyakit dan kecederaan tidak dapat diramal. Ini sebabnya mengapa penting untuk memastikan keperluan perubatan anda dapat dijaga. HLM Takaful i-Hospital Care menyediakan manfaat tunai harian ketika kemasukan ke hospital yang membantu menanggung bil perubatan atau kehilangan pendapatan anda.

Sumbangan Sumbangan sama dibayar sepanjang tempoh perlindungan. Anda boleh memilih untuk membayar sumbangan sama ada secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan dengan kad kredit/debit melalui arahan tetap (SI).
Umur Kemasukan 18 tahun (harijadi akan datang) – 65 tahun (harijadi akan datang)
Tempoh Perlindungan 10 tahun
Nota: Peserta boleh memilih untuk memperbaharui untuk tambahan 10 tahun perlindungan sehingga 2 kali tanpa sebarang pengunderaitan, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan dan sumbangan yang lebih tinggi mungkin dikenakan disebabkan oleh peningkatan umur.
Elaun Tunai Harian RM100 – RM500 (dalam gandaan RM50, tertakluk kepada syarat pendapatan)
Nota: Di atas adalah ringkasan ciri utama produk dan tidak membentuk satu sijil Takaful. Sila rujuk sijil Takaful untuk maklumat lanjut.

Ya. Anda mungkin layak untuk pelepasan cukai persendirian bagi sumbangan yang dibayar di bawah "Insurans Pendidikan dan Perubatan", tertakluk kepada keputusan akhir Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ya. Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Sila ambil perhatian setelah pembatalan, tiada nilai serahan akan dibayar dan anda akan kehilangan manfaat di bawah sijil tersebut.

Tidak, menambah atau mengurangkan elaun tunai harian adalah tidak dibenarkan.

Ya. Produk ini menawarkan pilihan untuk memperbaharui sijil anda untuk tempoh 10 tahun lagi tanpa pengunderaitan ketika sijil tamat, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan dan sumbangan yang lebih tinggi mungkin akan dikenakan disebabkan oleh peningkatan umur.

Tidak. Pemeriksaan perubatan tidak diperlukan untuk produk ini.

Anda boleh membayar sumbangan menggunakan kad Kredit atau kad Debit melalui Arahan Tetap (SI).

Tempoh perlindungan produk ini adalah 10 tahun.

Anda boleh memperbaharui sijil anda sehingga 2 kali, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan.

Sumbangan yang perlu anda bayar bergantung kepada umur kemasukan anda. Sumbangan adalah sama sepanjang tempoh perlindungan. Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk untuk jumlah sumbangan yang perlu anda bayar.

Sumbangan adalah tidak dijamin. Kami mempunyai hak untuk mengubah kadar sumbangan dengan memberikan 90 hari notis bertulis kepada Peserta sebelum ulang tahun sijil yang berikutnya. Pengalaman tuntutan adalah salah satu kemungkinan sebab pelarasan sumbangan. Sila ambil perhatian bahawa trend peningkatan dalam sumbangan pada masa lalu tidak semestinya menggambarkan trend pada masa hadapan.

Tidak. Tiada rider yang boleh dilampirkan kepada pelan ini.

  • Manfaat Tunai Hospital (selain daripada Kanser): Sekiranya Orang Dilindungi dimasukkan ke hospital atas sebab selain Kanser, elaun tunai harian dijamin akan dibayar.
  • Manfaat Tunai Hospital akibat Kanser: Sekiranya Orang Dilindungi dimasukkan ke hospital akibat Kanser, elaun tunai harian dijamin akan digandakan. Setelah tuntutan dibuat di bawah manfaat ini, Manfaat Tunai Hospital (selain daripada Kanser) tidak akan dibayar.
Nota: Manfaat yang akan dibayar adalah terhad kepada 730 hari bagi setiap kemasukan ke hospital.

  • Yuran Wakalah adalah yuran pentadbiran yang ditolak daripada sumbangan untuk membayar perbelanjaan pengurusan termasuk kos pemasaran.
  • Tabarru' akan ditolak daripada sumbangan dan diperuntukkan ke dalam PRF. Kadar Tabarru' adalah tidak sama dan tidak dijamin. Kami mempunyai hak untuk mengubah kadar tabarru' dengan memberikan 90 hari notis bertulis kepada Peserta sebelum tarikh ulang tahun sijiil yang berikutnya.

Manfaat Tunai Hospital tidak akan dibayar sekiranya kemasukan ke hospital disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada salah satu (1) daripada kejadian berikut:

  • Penyakit Sedia Ada;
  • Penyakit Tertentu dalam tempoh 120 hari dari tarikh permulaan sijil atau sebarang tarikh pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian;
  • Sebarang hilang upaya (kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan) dan tanda-tanda atau simptom yang muncul dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan sijil atau tarikh pengembalian semula sijil , yang mana lebih kemudian;
  • berhubung mana-mana penghospitalan ke hospital berlesen bagi sesuatu penyakit atau kecederaan berlaku sebelum pembayaran jumlah Tabarru' pertama untuk sijil tersebut;
  • berhubung mana-mana penghospitalan ke hospital berlesen bagi sesuatu penyakit atau kecederaan disebabkan secara langsung atau tidak langsung atau berpunca daripada:
    • mogok, rusuhan, kekecohan awam, perang (sama ada diisytiharkan atau tidak);
    • penglibatan dalam penerbangan (kecuali sebagai penumpang bayar tambang biasa dengan perkhidmatan penerbangan udara awam biasa)
    • berada di bawah pengaruh minuman keras atau narkotik atau dadah;
    • bunuh diri, cubaan bunuh diri, dengan niat mencederakan diri sendiri, pergaduhan atau di bawah pengadilan.
    • kegilaan;
    • penyakit kelamin;
    • Kelahiran, Kehamilan, keguguran dan sekuelanya; atau
    • kewujudan Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Kompleks Berkaitan AIDS;
  • rawatan, tempoh penghospitalan atau hari penghospitalan yang tidak memerlukan perubatan;
  • rawatan gusi, gigi atau struktur sokongan langsung, kecuali diperlukan akibat kecederaan;
  • sebarang jenis pembedahan kosmetik kecuali akibat kecederaan;
  • rawatan berpunca akibat kecacatan kelahiran, keturunan, anomali kongenital atau keadaan yang berkaitan;
  • penjagaan pemulihan, penjagaan rehat, rawatan hospis, pemulihan atau penjagaan serupa;
  • Orang Dilindungi melakukan, cubaan atau menimbulkan serangan atau feloni atau sebarang pelanggaran undang-undang oleh Orang Dilindungi.
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai lengkap bagi pengecualian di bawah sijil ini.

Elaun tunai harian minimum adalah RM100 manakala elaun tunai harian maksimum adalah RM500 (tertakluk kepada syarat pendapatan), dalam gandaan RM50.

  • Tabarru' bermaksud derma daripada bahagian sumbangan yang akan diperuntukkan ke Dana Risiko Peserta (PRF), yang akan digunakan untuk bantuan dan pertolongan bersama di kalangan rakan-rakan peserta.
  • Iltizam Bi Al-Tabarru’ bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru’.
  • Wakalah bermaksud secara asasnya hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta untuk menguruskan PRF dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.
  • Ju’alah bermaksud perjanjian di mana peserta berjanji untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful atas pencapaian atau prestasi baik Pengendali Takaful dalam menguruskan PRF yang menyebabkan berlakunya Lebihan dalam dana tersebut.
  • Qardh bermaksud pinjaman tanpa faedah yang disediakan oleh Pengendali Takaful sekiranya berlaku defisit di dalam PRF.

30 hari tempoh ihsan dibenarkan daripada setiap tarikh akhir sumbangan bagi pembayaran sumbangan. Sekiranya sumbangan tetap tidak dibayar pada akhir tempoh ihsan tersebut, sijil akan luput.

Anda boleh membatalkan sijil dengan memulangkan sijil dalam tempoh bertenang selama 15 hari selepas ia dihantar kepada anda. Kami akan memulangkan keseluruhan sumbangan yang telah anda bayar.

Anda hendaklah dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar hospital yang mana tuntutan dibuat, memberikan notis bertulis kepada kami dengan menyatakan butir-butir lengkap mengenai kemasukan ke hospital dan menyediakan dokumen berkenaan yang diperlukan oleh kami. Sila rujuk sijil Takaful untuk maklumat lanjut.

Anda boleh membayar sumbangan secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.

Umur kemasukan minimum adalah 18 tahun dan umur kemasukan maksimum adalah 65 tahun, umur pada hari jadi berikutnya.

HLM Takaful i-Hospital Care adalah produk Takaful manfaat pendapatan hospital standalone yang membayar elaun tunai harian bagi kemasukan ke hospital. Sekiranya kemasukan ke hospital disebabkan oleh Kanser, elaun tunai harian akan digandakan. Pembaharuan adalah dijamin bagi pelan ini untuk tempoh 10 tahun dan tidak termasuk, jika berkenaan, sebarang elemen simpanan atau pelaburan.

Sijil akan ditamatkan serta-merta:

  • selepas sijil tamat tempoh;
  • atas kematian Orang Dilindungi;
  • sekiranya sijil luput untuk tempoh yang berterusan lebih dari satu (1) tahun, ia akan diserahkan atau ditamatkan selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam sijil;yang mana berlaku terlebih dahulu.

Tidak, produk ini tidak menyediakan sebarang jenis manfaat pada akhir tempoh perlindungan.

Tidak, sumbangan adalah berbeza berdasarkan umur anda ketika pembaharuan.

Baca Helaian Pendedahan Produk (PDS) sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai HLM Takaful i-Hospital Care. Pastikan anda membaca terma dan syarat.

Ya. Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberi notis bertulis kepada kami. Sila ambil perhatian bahawa apabila pembatalan, tiada nilai serahan akan dibayar dan anda akan kehilangan manfaat di bawah sijil.

Anggaran jumlah sumbangan yang anda perlu bayar (termasuk SST, jika ada): Sila rujuk kepada sijil anda
Tempoh sumbangan: 10 tahun
Sumbangan adalah tidak dijamin. Kami mempunyai hak untuk mengubah kadar sumbangan dengan memberikan Peserta 90 hari notis bertulis sebelum ulang tahun sijil yang berikutnya. Pengalaman tuntutan adalah salah satu sebab pelarasan sumbangan. Sila ambil perhatian bahawa trend peningkatan dalam kadar sumbangan pada masa lalu tidak semestinya menggambarkan trend masa hadapan.

Sila rujuk kepada kakitangan khidmat pelanggan kami untuk jenis pelan serupa lain yang ditawarkan.

NOTA PENTING:
ANDA HARUS BERPUAS HATI BAHAWA PELAN INI MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN TERUS MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

  • Kepentingan Pendedahan
    Kewajipan pendedahan pra-kontrak - Anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan semua fakta material, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan perubatan dan nyatakan umur anda dengan betul. Anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan yang anda tahu atau dijangka untuk mengetahui dengan sebaik-baik pengetahuan anda dan dengan niat baik.
  • Tempoh Bertenang
    Anda boleh membatalkan sijil anda dengan mengembalikan sijil dalam tempoh 15 hari kalendar selepas sijil tersebut dihantar kepada anda. Sumbangan yang telah anda bayar akan dikembalikan kepada anda.
  • Kewajipan Peserta
    Anda perlu berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan anda mampu membayar sumbangannya.
  • Iltizam bi Al-Tabarru'
    Sumbangan anda setelah ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan ke PRF berdasarkan konsep Iltizam bi Al-Tabarru'.
  • Perkongsian Lebihan daripada PRF
    Sebarang lebihan daripada PRF akan diagihkan antara anda dan kami dalam nisbah 50:50. Kami berhak ke atas lebihan berdasarkan prinsip Shariah iaitu Ju’alah.
  • Rekod Pembayaran
    Sila simpan satu salinan rekod transaksi sebagai bukti pembayaran sumbangan.
  • Menukar Sijil Takaful
    Ia mungkin tidak memanfaatkan untuk menukar daripada satu sijil takaful kepada yang lain atau daripada satu pengendali takaful kepada yang lain kerana anda mungkin akan tertakluk kepada terma dan syarat baru untuk sijil takaful atau pengendali takaful tersebut.
  • Tempoh Ihsan
    Anda diberi tempoh ihsan selama 30 hari dari tarikh akhir pembayaran sumbangan. Tidak membayar sumbangan selepas tempoh ihsan boleh menyebabkan sijil luput.
  • Pilihan untuk pembaharuan tanpa pengunderaitan
    Setelah sijil tamat, anda boleh memilih untuk memperbaharui sijil untuk perlindungan selama 10 tahun tanpa sebarang syarat pengunderaitan, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan dan sumbangan akan disemak semula mengikut umur anda ketika pembaharuan.Pilihan ini boleh dilaksanakan sebanyak 2 kali.
  • Tempoh Menunggu
    Kelayakan bagi manfaat di bawah sijil hanya akan bermula selepas tarikh berkuatkuasa sijil tersebut, kecuali kecederaan akibat kemalangan.
  • Prosedur Tuntutan
    Anda hendaklah dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar hospital yang mana tuntutan dibuat, memberikan notis bertulis kepada kami dengan menyatakan butir-butir lengkap mengenai kemasukan ke hospital dan menyediakan dokumen berkenaan yang diperlukan oleh kami. Sila rujuk sijil Takaful untuk maklumat lanjut.
  • Ini adalah produk perlindungan tulen dan ia tidak mempunyai nilai tunai.
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai lengkap bagi terma dan syarat di bawah sijil ini.

Manfaat Keterangan Manfaat Tempoh Perlindungan
Manfaat Tunai Hospital (selain daripada Kanser) Sekiranya Orang Dilindungi dimasukkan ke hospital atas sebab selain daripada Kanser, elaun tunai harian dijamin* akan dibayar. 10 tahun
Manfaat Tunai Hospital akibat Kanser Sekiranya Orang Dilindungi dimasukkan ke hospital disebabkan Kanser, elaun tunai harian dijamin* akan dibayar. Apabila tuntutan di bawah manfaat ini, Manfaat Tunai Hospital (selain daripada Kanser) tidak akan dibayar. 10 tahun
*Bayaran manfaat ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam sijil Takaful.

Nota:

  • Manfaat yang akan dibayar adalah terhad kepada 730 hari bagi setiap kemasukan ke hospital.
  • Kanser bermaksud sebarang ketumbuhan malignan didiagnosis positif dengan pengesahan histologi dan terdapat ciri-ciri ketumbuhan sel malignan yang tidak terkawal dan pencerobohan tisu. Terma ketumbuhan malignan termasuk luekemia, limfoma dan sarkoma. Sila rujuk sijil Takaful bagi terma dan syarat

Yuran Wakalah

Yuran Wakalah adalah yuran pentadbiran kami yang ditolak daripada sumbangan untuk membayar perbelanjaan pengurusan termasuk kos pemasaran.

Tahun Sijil 1 2 to 7 (setiap tahun) 8 9 to 10 (setiap tahun)
% daripada Sumbangan 43% 36% 30% 21%

Tabarru'

Sumbangan ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan ke dalam PRF sebagai Tabarru'. Kadar Tabarru’ adalah tidak kekal pada tahap yang sama dan tidak dijamin. Kami berhak untuk menyemak semula kadar Tabarru' dengan memberi notis bertulis kepada Peserta 90 hari sebelum ulang tahun sijil berikutnya.

Manfaat Tunai Hospital tidak akan dibayar sekiranya kemasukan ke hospital disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada salah satu (1) kejadian berikut:

  • Penyakit Sedia Ada;
  • Penyakit Tertentu dalam tempoh 120 hari dari tarikh permulaan sijil atau sebarang tarikh pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian; Sebarang hilang upaya (kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan) dan tanda-tanda atau simptom yang muncul dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan sijil atau tarikh pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian;
  • Sebarang jenis pembedahan kosmetik kecuali disebabkan oleh kecederaan;
  • Rawatan berpunca akibat kecacatan kelahiran, keturunan, anomali kongenital atau keadaan yang berkaitan;
  • Penjagaan pemulihan, penjagaan rehat, rawatan hospis, pemulihan atau penjagaan serupa;
  • Kelahiran, Kehamilan, keguguran dan sekuelanya.
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai lengkap bagi pengecualian di bawah sijil ini.

  • Tabarru' bermaksud derma daripada bahagian sumbangan yang akan diperuntukkan ke Dana Risiko Peserta (PRF), yang akan digunakan untuk bantuan dan pertolongan bersama di kalangan rakan-rakan peserta.
  • Iltizam Bi Al-Tabarru’ bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru’.
  • Wakalah bermaksud secara asasnya hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta untuk menguruskan PRF dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.
  • Ju’alah bermaksud perjanjian di mana peserta berjanji untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful atas pencapaian atau prestasi baik Pengendali Takaful dalam menguruskan PRF yang menyebabkan berlakunya Lebihan dalam dana tersebut.
  • Qardh bermaksud pinjaman tanpa faedah yang disediakan oleh Pengendali Takaful sekiranya berlaku defisit di dalam PRF.

Adalah penting untuk anda memaklumkan kami sebarang perubahan pada maklumat perhubungan anda untuk memastikan segala surat-menyurat sampai kepada anda pada masa tepat.

Ini adalah produk Takaful manfaat pendapatan hospital standalone yang membayar elaun tunai harian bagi kemasukan ke hospital. Sekiranya kemasukan ke hospital disebabkan oleh Kanser, elaun tunai harian akan digandakan. Pembaharuan adalah dijamin bagi pelan ini untuk tempoh 10 tahun.

Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang takaful perubatan dan kesihatan, sila rujuk risalah insuranceinfo mengenai “Takaful Perubatan dan Kesihatan” di www.insuranceinfo.com.my.

Jika anda menpunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:
Hong Leong MSIG Takaful Berhad (738090-M)
Ibu Pejabat, Tingkat 5, Menara B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon : +603-7650 1800
Faks : +603-7620 6730
E-mel : ReachUs@takaful.hongleong.com.my