HLM Takaful i-Salam

Perlindungan Takaful berpatutan dari RM15.83 /bulan

Sila pilih jantina anda

RM 400 | -25%

HLM Takaful i-Salam

Produk Takaful bertempoh berpatutan yang menawarkan tahap perlindungan yang tinggi selama 10 tahun.

Manfaat

Jumlah perlindungan RM100,000 untuk Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (yang mana lebih dahulu). Manfaat serendah RM0.52 sehari*

*berdasarkan wanita berumur 18 tahun (Umur Hari Jadi akan datang)

Daftar Mudah

Anda boleh mendaftar terus dengan kami tanpa sebarang pemeriksaan kesihatan ataupun pengunderaitan’ kewangan

Pembaharuan

Pilihan untuk memperbaharui tanpa syarat penajaan jamin

Nikmati kehidupan anda tanpa kebimbangan dengan perlindungan sehingga RM500,000 dengan sumbangan serendah RM15.83 sebulan. Tanpa pemeriksaan perubatan dan hanya beberapa soalan mengenai kesihatan yang ringkas, HLM Takaful i-Salam sememangnya adalah sebuah pelan yang sangat mudah.

Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (yang mana lebih dahulu)
Sumbangan Sumbangan adalah sama sepanjang tempoh perlindungan (Kadar sumbangan berubah mengikut pembaharuan)
Umur Kemasukan 18 - 65 tahun
Umur Tamat Tempoh 75 tahun
Tempoh Perlindungan 10 tahun (dengan pilihan untuk memperbaharui tanpa pengunderaitan maksimum 2 kali tertakluk kepada maksimum umur tamat 75 tahun)
Jumlah Dilindungi Asas RM100,000 - RM500,000
Nota: Di atas adalah ringkasan ciri utama produk dan tidak membentuk satu sijil Takaful. Sila rujuk sijil Takaful untuk maklumat lanjut.

Perubahan dalam Perlindungan Jumlah tidak dibenarkan.


Ya. Sijil ini menawarkan pilihan untuk memperbaharui tempoh 10 tahun lagi tanpa pengunderaitan apabila tamat tempoh Sijil ini, dengan syarat bahawa tidak ada pelanggaran terhadap semua atau mana-mana syarat yang mengawal Sijil ini dan yang terkandung di dalamnya dan sebagaimana yang diendorskan dalam Sijil ini.

Ya, tetapi tiada manfaat akan dibayar. Penyerahan akan berkuatkuasa pada tarikh penyerahan sumbangan seterusnya, di mana perlindungan akan berterusan sehingga waktu itu.

Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk produk ini.

Anda boleh membayar sumbangan anda melalui kad Kredit atau Debit melalui Arahan Tetap (SI).

Kami akan membayar manfaat TPD ke atas kehadiran perubatan biasa selama 6 bulan dan dengan syarat bahawa anda tidak dapat pulih selepas itu. Jumlah Perlindungan asas akan dibayar 6 bulan dari masa kejadian TPD. Untuk TPD Persumputan, manfaat akan dibayar dengan serta-merta.

Anda boleh memperbaharui Sijil anda untuk bilangan maksima sebanyak 2 kali, tertakluk kepada maksimum umur tamat 75 tahun, umur hari jadi akan datang.

Jumlah Perlindungan minimum ialah RM100,000 dan Jumlah Perlindungan maksimum ialah RM500,000.


Anda boleh membayar sumbangan secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.

Umur kemasukan minimum adalah 18 tahun dan umur kemasukan maksimum adalah 65 tahun, umur hari jadi akan datang.


HLM Takaful i-Salam adalah pelan Takaful bertempoh sendiri yang menyediakan bayaran sekali gus sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), mana satu terdahulu, sebelum tarikh luput. Pelan ini tidak termasuk, jika berkenaan, sebarang elemen simpanan atau pelaburan.

Sijil ini akan tamat pada akhir tempoh 10 tahun.

Anda boleh memilih siapa yang akan menerima Manfaat atas kematian anda dengan mengisi borang Pencalonan. Sijil anda akan menyatakan sama ada anda telah menamakan seseorang untuk menerima Manfaat tersebut. Sekiranya anda tidak mencalonkan sesiapa, sila lengkapkan borang Pencalonan yang boleh diperolehi dari ibu pejabat Pengendali Takaful dan hantar kepada Pengendali Takaful dengan segera.

Tidak. Kadar caruman akan berubah mengikut pembaharuan.

Baca Helaian Pendedahan Produk (PDS) sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai HLM Takaful i-Salam. Pastikan anda membaca terma dan syarat.

Jika anda tidak membayar Sumbangan anda dalam Tempoh Ihsan, Sijil anda mungkin luput dan tiada Manfaat akan dibayar.

Angggaran jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar adalah: rujuk pada sijil sebenar anda

Sila tanya Pengendali Takaful/ perantara untuk pelan yang sama dengan pelan ini yang ditawarkan oleh Pengendali Takaful.

NOTA PENTING:
PENYERTAAN DALAM PELAN TAKAFUL KELUARGA ADALAH SUATU KOMITMEN JANGKA PANJANG. ANDA HARUS MEMILIH JENIS PELAN YANG DAPAT SESUAI DENGAN KEADAAN DIRI ANDA. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL ANDA DAN BERBINCANG DENGAN AGEN ATAU TERUS MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

  • Pilihan untuk memperbaharui tanpa pengunderaitan
    Selepas Sijil tamat, dan dengan syarat bahawa tidak ada pelanggaran semua atau sebarang syarat yang mengawal Sijil dan seperti yang terkandung di sini dan sebagaimana yang disahkan dalam Sijil, kadar Sumbangan akan berbeza semasa pembaharuan dan akan paras bagi tempoh sepuluh (10) tahun tanpa sebarang pengunderaitan
  • Tempoh bertenang- anda boleh membatalkan Sijil anda dengan memulangkan Sijil anda dalam tempoh lima belas (15) hari selepas Sijil dihantar kepada anda. Pengendali Takaful akan membayar semula kepada anda Sumbangan penuh.
  • Tempoh Ehsan - Tempoh Ehsan selama tiga puluh (30) hari daripada Tarikh Sumbangan Perlu Dibayar berikutnya adalah dibenarkan bagi membuat pembayaran Sumbangan berikutnya. Jika Sumbangan masih tidak dibayar pada akhir Tempoh Ehsan ini, Sijil ini mungkin luput.
  • Apabila Tiada Pembayaran Sumbangan - Apabila Tempoh Ehsan telah tamat dan bayaran sebarang Sumbangan gagal dibayar, atau sebarang amaun yang sepatutnya dibayar di bawah Sijil ini tidak dibayar pada tarikh yang relevan mengikut Sijil ini, Sijil ini akan luput dan tidak bernilai lagi.
  • Penamaan- anda boleh memilih siapa yang akan menerima Manfaat selepas kematian anda dengan mengisi borang Penamaan. Sijil anda akan menyatakan sama ada anda telah menamakan seseorang untuk menerima Manfaat tersebut. Jika anda belum menamakan sesiapa, sila lengkapkan borang Penamaan yang boleh didapati daripada wakil Pengendali Takaful dan hantarkan kepada Pengendali Takaful dengan serta merta
  • Ia mungkin tidak memanfaatkan untuk menyerahkan atau menukar Sijil sedia ada dengan sijil yang lain , kerana anda mungkin akan tertakluk kepada syarat-syarat pengunderaitan yang baru seperti tempoh menunggu yang penuh dan sebagainya di bawah sijil takaful yang baru.
  • Adalah penting untuk Peserta menyimpan resit atau Kad Debit/ Kad Kredit/ Penyata Bank atau slip gaji Peserta sebagai bukti pembayaran sumbangan bagi sebarang rujukan masa depan

No Manfaat Penerangan Tempoh Sijil Takaful (tahun)
1 Kematian Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia semasa Sijil masih berkuatkuasa, manfaat Kematian yang akan dibayar adalah Jumlah Perlindungan seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Walaupun terdapat kandungan di dalam ini yang bertentangan, untuk bayaran manfaat kematian, kematian mestilah berlaku sebelum Tarikh Akhir. 10
2 Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sehingga tarikh ulangtahun sijil selepas mencapai umur 65 tahun Manfaat TPD yang harus dibayar di bawah Sijil ini adalah Jumlah Perlindungan seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Walaupun terdapat kandungan di dalam ini yang bertentangan, perlindungan untuk pelan ini hendaklah sehingga tarikh ulangtahun sijil selepas Orang Dilindungi mencapai umur 65 tahun. 10

Jenis Jumlah
Yuran Wakalah (termasuk dalam jumlah sumbangan tahunan)  
Caj Serahan (apabila anda membatalkan Sijil Takaful) Tiada berkaitan

Tiada Manfaat Kematian akan dibayar jika :

  • Kematian disebabkan oleh bunuh diri dalam masa dua belas (12) bulan dari Tarikh Kemasukan.

Tiada Manfaat TPD akan dibayar jika :

  • Di bawah pengaruh alkohol, dadah atau penyalahgunaan dadah;
  • penglibatan atau latihan dalam sukan atau pertandingan yang berbahaya dan membahayakan;
  • Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh-musuh asing, tebusan, perang saudara atau pemberontakan; atau
  • Keadaan sedia ada
    Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk sijil takaful untuk terma dan syarat-syarat di bawah sijil ini.

Tabarru'
Tabarru’ bermaksud sebahagian daripada Sumbangan yang mana Peserta bersetuju untuk menyumbang apabila berlakunya peristiwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful, dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling membantu dan jaminan bersama sekiranya Peserta-peserta lain mengalami kerugian yang ditakrifkan di mana sumbangannya adalah untuk membantu Peserta-peserta lain dan sumbangan Peserta-peserta lain adalah untuk membantunya.

Iltizam Bi Al-Tabarru’
Iltizam bi Al Tabarru’ bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru’.

Ju'alah
Ju’alah bermaksud perjanjian di mana Peserta bersetuju untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful kerana pencapaiannya atau prestasi yang baik dalam menguruskan Dana Risiko Peserta (PRF) yang menyebabkan berlakunya lebihan dalam PRF. Sebarang lebihan daripada PRF akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 50:50, masing-masing.

Wakalah
Wakalah bermaksud secara asasnya hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk menguruskan PRF bagi pihak Peserta dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.

Adalah penting untuk anda memaklumkan kami sebarang perubahan pada maklumat perhubungan anda untuk memastikan segala surat menyurat dapat diterima pada masanya.

HLM Takaful i-Salam adalah pelan Takaful bertempoh sendiri yang menyediakan bayaran sekali gus sekiranya berlaku Kematian atau Hlang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), mana satu terdahulu, sebelum tarikh luput.

Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang takaful keluarga, sila rujuk risalah insuranceinfo pada bahagian 'Takaful Keluarga' yang boleh didapati di www.insuranceinfo.com.my

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
Hong Leong MSIG Takaful Berhad (738090-M)
Level 5, Tower B, PJ City Development
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Telephone : +603-7650 1800
Facsimile : +603-7620 6730
Email : ReachUs@takaful.hongleong.com.my