HLM Takaful i-Critical Care

Biar Kami Meringankan Beban Ketika Anda Memberi Tumpuan Kepada Pemulihan

Sila pilih jantina anda

RM 400 | -25%

HLM Takaful i-Critical Care

Biar Kami Meringankan Beban Ketika Anda Memberi Tumpuan Kepada Pemulihan

Sumbangan

Berpatutan serendah RM12.83 sebulan

Melindungi 5 penyakit kritikal utama

Dengan manfaat keseluruhan sehingga RM500,000

Perbaharui dengan mudah

Untuk tambahan 10 tahun perlindungan sehingga 2 kali

Permohonan mudah

Tanpa sebarang pemeriksaan perubatan

Rawatan dan penyembuhan untuk penyakit kritikal boleh mengambil masa berbulan malahan bertahun. Dengan HLM Takaful i-Critical Care, anda kini boleh memberi tumpuan kepada proses penyembuhan dan tidak perlu bimbang mengenai bil dan perbelanjaan untuk meneruskan kehidupan.

Sumbangan Sumbangan sama dibayar sepanjang tempoh perlindungan. Anda boleh memilih untuk membayar sumbangan sama ada secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan dengan kad kredit/debit melalui arahan tetap (SI).
Umur Kemasukan 18 tahun (harijadi akan datang) – 60 tahun (harijadi akan datang)
Tempoh Perlindungan 10 tahun
Nota: Peserta boleh memilih untuk memperbaharui untuk tambahan 10 tahun perlindungan sehingga 2 kali tanpa sebarang pengunderaitan, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan dan sumbangan yang lebih tinggi mungkin dikenakan disebabkan oleh peningkatan umur
Jumlah Dilindungi Asas RM50,000 – RM500,000 (dalam gandaan RM10,000)
Nota: Di atas adalah ringkasan ciri utama produk dan tidak membentuk satu sijil Takaful. Sila rujuk sijil Takaful untuk maklumat lanjut.

Ya. Anda mungkin layak untuk pelepasan cukai persendirian bagi sumbangan yang dibayar di bawah "Insurans Pendidikan dan Perubatan", tertakluk kepada keputusan akhir Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ya. Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Sila ambil perhatian setelah pembatalan, tiada nilai serahan akan dibayar dan anda akan kehilangan manfaat di bawah sijil tersebut.

Tidak, penukaran perlindungan tidak dibenarkan.

Ya. Produk ini menawarkan pilihan untuk memperbaharui sijil anda untuk tempoh 10 tahun lagi tanpa pengunderaitan ketika sijil tamat, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan dan sumbangan yang lebih tinggi mungkin akan dikenakan disebabkan oleh peningkatan umur.

Tidak. Pemeriksaan perubatan tidak diperlukan untuk produk ini.

Anda boleh membayar sumbangan menggunakan kad Kredit atau kad Debit melalui Arahan Tetap (SI).

Tempoh perlindungan produk ini adalah 10 tahun.

Anda boleh memperbaharui sijil anda sehingga 2 kali, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan.

Anda boleh memperbaharui sijil anda sehingga 2 kali, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan.

Sumbangan yang perlu anda bayar bergantung kepada umur kemasukan dan jantina. Sumbangan adalah sama sepanjang tempoh perlindungan. Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk untuk jumlah sumbangan yang perlu anda bayar.

Sumbangan adalah tidak dijamin. Kami mempunyai hak untuk mengubah kadar sumbangan dengan memberikan 90 hari notis bertulis kepada Peserta sebelum ulang tahun sijil yang berikutnya. Pengalaman tuntutan adalah salah satu kemungkinan sebab pelarasan sumbangan. Sila ambil perhatian bahawa trend peningkatan dalam sumbangan pada masa lalu tidak semestinya menggambarkan trend pada masa hadapan.

Tidak. Tiada rider yang boleh dilampirkan kepada pelan ini.

Setelah didiagnosis salah satu daripada penyakit dilindungi yang disenaraikan di bawah, 100% daripada jumlah dilindungi asas dijamin akan dibayar sekaligus dan sijil akan ditamatkan:

  • Serangan Jantung - keterukan tertentu
  • Strok - mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan gejala klinikal yang berterusan
  • Kanser - keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
  • Kegagalan buah pinggang - memerlukan dialisi atau pemindahan buah pinggang
  • Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Nota: Sila rujuk sijil Takaful untuk definisi penyakit dilindungi di atas.

  • Yuran Wakalah adalah yuran pentadbiran yang ditolak daripada sumbangan untuk membayar perbelanjaan pengurusan termasuk kos pemasaran.
  • Tabarru' akan ditolak daripada sumbangan dan diperuntukkan ke dalam PRF. Kadar Tabarru' adalah tidak sama dan tidak dijamin. Kami mempunyai hak untuk mengubah kadar tabarru' dengan memberikan 90 hari notis bertulis kepada Peserta sebelum tarikh ulang tahun sijiil yang berikutnya.

Manfaat Penyakit Kritikal tidak akan dibayar sekiranya penyakit dilindungi disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada salah satu (1) daripada kejadian berikut:

  • Penyakit Sedia Ada;
  • Tanda atau simptom penyakit dilindungi ditunjukkan sebelum atau:
    • dalam tempoh 60 hari dari tarikh permulaan atau sebarang tarikh pengembalian semula sijil, yang mana yang terkini berkenaan dengan:
      • Kanser - keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
      • Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
      • Serangan Jantung – keterukan tertentu
    • dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan atau sebarang tarikh pengembalian semula sijil, yang mana yang terkini untuk semua penyakit dilindungi lain yang tidak dinyatakan di dalam perkara (i) di atas.
  • Selain daripada insiden pertama penyakit dilindungi;
  • Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, kecederaan yang dilakukan sendiri sama ada ketika waras atau tidak waras, penyalahgunaan alkohol secara sengaja dan/atau mengambil dadah selain daripada di bawah arahan pengamal perubatan berdaftar; atau
  • Kematian Orang Dilindungi dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh diagnosis sebarang penyakit dilindungi.
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai lengkap bagi pengecualian di bawah sijil ini.

Perlindungan minimum adalah RM50,000 manakala perlindungan maksimum adalah RM500,000, dalam gandaan RM10,000.

  • Tabarru' bermaksud derma daripada bahagian sumbangan yang akan diperuntukkan ke Dana Risiko Peserta (PRF), yang akan digunakan untuk bantuan dan pertolongan bersama di kalangan rakan-rakan peserta.
  • Iltizam Bi Al-Tabarru’ bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru’.
  • Wakalah bermaksud secara asasnya hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta untuk menguruskan PRF dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.
  • Ju’alah bermaksud perjanjian di mana peserta berjanji untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful atas pencapaian atau prestasi baik Pengendali Takaful dalam menguruskan PRF yang menyebabkan berlakunya Lebihan dalam dana tersebut.
  • Qardh bermaksud pinjaman tanpa faedah yang disediakan oleh Pengendali Takaful sekiranya berlaku defisit di dalam PRF.

30 hari tempoh ihsan dibenarkan daripada setiap tarikh akhir sumbangan bagi pembayaran sumbangan. Sekiranya sumbangan tetap tidak dibayar pada akhir tempoh ihsan tersebut, sijil akan luput.

Anda boleh membatalkan sijil dengan memulangkan sijil dalam tempoh bertenang selama 15 hari selepas ia dihantar kepada anda. Kami akan memulangkan keseluruhan sumbangan yang telah anda bayar.

Setelah menerima notis diagnosis atau pembedahan penyakit kritikal, kami akan memberikan anda atau wakil anda borang yang berkaitan bagi pemfailan bukti penyakit kritikal. Semua tuntutan hendaklah diserahkan kepada kami dalam tempoh 90 hari dari tarikh diagnosis atau pembedahan tersebut. Sila rujuk sijil Takaful untuk maklumat lanjut.

Anda boleh membayar sumbangan secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.

Umur kemasukan minimum adalah 18 tahun dan umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun, umur pada hari jadi berikutnya.

HLM Takaful i-Critical Care adalah produk Takaful penyakit kritikal standalone yang melindungi 5 penyakit kritikal iaitu serangan jantung, strok, kanser, kegagalan buah pinggang dan pembedahan pintasan arteri koronari. Pelan ini adalah dijamin pembaharuan bagi tempoh 10 tahun dan tidak termasuk, jika berkenaan, sebarang elemen simpanan atau pelaburan.

Sijil akan ditamatkan serta-merta:

  • selepas sijil tamat tempoh;
  • atas kematian Orang Dilindungi;
  • sekiranya sijil luput untuk tempoh yang berterusan lebih dari satu (1) tahun, ia akan diserahkan atau ditamatkan selaras dengan peruntukan yang
  • setelah pembayaran penuh telah dibuat bagi tuntutan yang sah. yang mana berlaku terlebih dahulu.

Tidak, produk ini tidak menyediakan sebarang jenis manfaat pada akhir tempoh perlindungan.

Tidak, sumbangan adalah berbeza berdasarkan umur anda ketika pembaharuan.

Baca Helaian Pendedahan Produk (PDS) sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai HLM Takaful i-Critical Care. Pastikan anda membaca terma dan syarat.

Ya. Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberi notis bertulis kepada kami. Sila ambil perhatian bahawa apabila pembatalan, tiada nilai serahan akan dibayar dan anda akan kehilangan manfaat di bawah sijil.

Anggaran jumlah sumbangan yang anda perlu bayar (termasuk SST, jika ada): Sila rujuk kepada sijil anda
Tempoh sumbangan: 10 tahun
Sumbangan adalah tidak dijamin. Kami mempunyai hak untuk mengubah kadar sumbangan dengan memberikan Peserta 90 hari notis bertulis sebelum ulang tahun sijil yang berikutnya. Pengalaman tuntutan adalah salah satu sebab bagi pelarasan sumbangan. Sila ambil perhatian bahawa trend peningkatan dalam kadar sumbangan pada masa lalu tidak semestinya menggambarkan trend masa hadapan.

Sila rujuk kepada kakitangan khidmat pelanggan kami untuk jenis pelan serupa lain yang ditawarkan.

NOTA PENTING:
ANDA HARUS BERPUAS HATI BAHAWA PELAN INI MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN TERUS MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

  • Kepentingan Pendedahan
    Kewajipan pendedahan pra-kontrak - Anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan semua fakta material, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan perubatan dan nyatakan umur anda dengan betul. Anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan yang anda tahu atau dijangka untuk mengetahui dengan sebaik-baik pengetahuan anda dan dengan niat baik.
  • Tempoh Bertenang
    Anda boleh membatalkan sijil anda dengan mengembalikan sijil dalam tempoh 15 hari kalendar selepas sijil tersebut dihantar kepada anda. Sumbangan yang telah anda bayar akan dikembalikan kepada anda.
  • Kewajipan Peserta
    Anda perlu berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan anda mampu membayar sumbangannya.
  • Iltizam bi Al-Tabarru'
    Sumbangan anda setelah ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan ke PRF berdasarkan konsep Iltizam bi Al-Tabarru'.
  • Perkongsian Lebihan daripada PRF
    Sebarang lebihan daripada PRF akan diagihkan antara anda dan kami dalam nisbah 50:50. Kami berhak ke atas lebihan berdasarkan prinsip Shariah iaitu Ju’alah.
  • Rekod Pembayaran
    Sila simpan satu salinan rekod transaksi sebagai bukti pembayaran sumbangan.
  • Menukar Sijil Takaful
    Ia mungkin tidak memanfaatkan untuk menukar daripada satu sijil takaful kepada yang lain atau daripada satu pengendali takaful kepada yang lain kerana anda mungkin akan tertakluk kepada terma dan syarat baru untuk sijil takaful atau pengendali takaful tersebut.
  • Tempoh Ihsan
    Anda diberi tempoh ihsan selama 30 hari dari tarikh akhir pembayaran sumbangan. Tidak membayar sumbangan selepas tempoh ihsan boleh menyebabkan sijil luput.
  • Pilihan untuk pembaharuan tanpa pengunderaitan
    Setelah sijil tamat, anda boleh memilih untuk memperbaharui sijil untuk perlindungan selama 10 tahun tanpa sebarang syarat pengunderaitan, tertakluk kepada umur kemasukan maksimum ketika pembaharuan dan sumbangan akan disemak semula mengikut umur anda ketika pembaharuan.Pilihan ini boleh dilaksanakan sebanyak 2 kali.
  • Tempoh Menunggu
    Kelayakan bagi manfaat di bawah sijil hanya akan bermula selepas tarikh berkuatkuasa sijil tersebut.
  • Prosedur Tuntutan
    Setelah penerimaan notis diagnosis atau pembedahan penyakit kritikal, kami akan memberikan anda atau wakil anda borang yang berkaitan bagi pemfailan bukti penyakit kritikal. Semua tuntutan hendaklah diserahkan kepada kami dalam tempoh 90 hari dari tarikh diagnosis atau pembedahan tersebut. Sila rujuk sijil Takaful untuk maklumat lanjut.
  • Ini adalah produk perlindungan tulen dan ia tidak mempunyai nilai tunai.
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai lengkap bagi terma dan syarat di bawah sijil ini.

Manfaat Keterangan Tempoh Perlindungan
Manfaat Penyakit Kritikal Setelah didiagnosis salah satu daripada penyakit yang dilindungi yang disenaraikan di bawah, 100% daripada jumlah dilindungi asas dijamin* akan dibayar sekaligus dan sijil akan ditamatkan:
  • Serangan Jantung – keterukan tertentu
  • Strok – mengakibatkan neurologi defisit kekal dengan gejala klinikal yang berterusan
  • Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
  • Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang
  • Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Sila rujuk sijil Takaful untuk definisi penyakit dilindungi di atas.
10 tahun
* Bayaran manfaat ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam sijil Takaful.

Yuran Wakalah

Yuran Wakalah adalah yuran pentadbiran kami yang ditolak daripada sumbangan untuk membayar perbelanjaan pengurusan termasuk kos pemasaran.

Tahun Sijil 1 2 to 7 (setiap tahun) 8 9 to 10 (setiap tahun)
% daripada Sumbangan 43% 36% 30% 21%

Tabarru'

Sumbangan ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan ke dalam PRF sebagai Tabarru'. Kadar Tabarru’ adalah tidak kekal pada tahap yang sama dan tidak dijamin. Kami berhak untuk menyemak semula kadar Tabarru' dengan memberi notis bertulis kepada Peserta 90 hari sebelum ulang tahun sijil berikutnya.

Manfaat Penyakit Kritikal tidak akan dibayar sekiranya penyakit dilindungi disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada salah satu (1) kejadian berikut:

  • Penyakit Sedia Ada;
  • Tanda atau simptom penyakit dilindungi ditunjukkan sebelum atau:
    • dalam tempoh 60 hari dari tarikh permulaan atau sebarang tarikh pengembalian semula sijil, yang mana yang terkini berkenaan dengan:
      • Kanser - keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
      • Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
      • Serangan Jantung - keterukan tertentu
    • dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan atau sebarang tarikh pengembalian semula sijil, yang mana yang terkini untuk semua penyakit dilindungi lain yang tidak dinyatakan di dalam perkara (i) di atas.
  • Selain daripada insiden pertama penyakit dilindungi;
  • Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, kecederaan yang dilakukan sendiri sama ada ketika waras atau tidak waras, penyalahgunaan alkohol secara sengaja dan/atau mengambil dadah selain daripada di bawah arahan pengamal perubatan berdaftar; atau
  • Kematian Orang Dilindungi dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh diagnosis sebarang penyakit dilindungi.
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai lengkap bagi pengecualian di bawah sijil ini.

  • Tabarru' bermaksud derma daripada bahagian sumbangan yang akan diperuntukkan ke Dana Risiko Peserta (PRF), yang akan digunakan untuk bantuan dan pertolongan bersama di kalangan rakan-rakan peserta.
  • Iltizam Bi Al-Tabarru’ bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru’.
  • Wakalah bermaksud secara asasnya hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta untuk menguruskan PRF dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.
  • Ju’alah bermaksud perjanjian di mana peserta berjanji untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful atas pencapaian atau prestasi baik Pengendali Takaful dalam menguruskan PRF yang menyebabkan berlakunya Lebihan dalam dana tersebut.
  • Qardh bermaksud pinjaman tanpa faedah yang disediakan oleh Pengendali Takaful sekiranya berlaku defisit di dalam PRF.

Adalah penting untuk anda memaklumkan kami sebarang perubahan pada maklumat perhubungan anda untuk memastikan segala surat-menyurat sampai kepada anda pada masa tepat.

Ini adalah produk Takaful penyakit kritikal standalone yang melindungi 5 penyakit kritikal iaitu serangan jantung, strok, kanser, kegagalan buah pinggang dan pembedahan pintasan arteri koronari. Pelan ini adalah dijamin pembaharuan bagi tempoh 10 tahun.

Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang takaful perubatan dan kesihatan, sila rujuk risalah insuranceinfo mengenai “Takaful Perubatan dan Kesihatan” di www.insuranceinfo.com.my.

Jika anda menpunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:
Hong Leong MSIG Takaful Berhad (738090-M)
Ibu Pejabat, Tingkat 5, Menara B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon : +603-7650 1800
Faks : +603-7620 6730
E-mel : ReachUs@takaful.hongleong.com.my