Tabarru'
Tabarru’ bermaksud sebahagian daripada Sumbangan yang mana Peserta bersetuju untuk menyumbang apabila berlakunya peristiwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful, dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling membantu dan jaminan bersama sekiranya Peserta-peserta lain mengalami kerugian yang ditakrifkan di mana sumbangannya adalah untuk membantu Peserta-peserta lain dan sumbangan Peserta-peserta lain adalah untuk membantunya.
Iltizam Bi Al-Tabarru’
Iltizam bi Al Tabarru’ bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru’.
Ju'alah
Ju’alah bermaksud perjanjian di mana Peserta bersetuju untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful kerana pencapaiannya atau prestasi
yang baik dalam menguruskan Dana Risiko Peserta (PRF) yang menyebabkan berlakunya lebihan dalam PRF. Sebarang lebihan daripada PRF akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 50:50, masing-masing.
Wakalah
Wakalah bermaksud secara asasnya hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk menguruskan PRF bagi pihak Peserta dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.