Program Baucar Perlindungan Tenang



Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan skim inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40. Melalui program ini, baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen

Kelayakan mendapat program baucar RM50:

  • Inisiatif ini terbuka kepada semua penerima BPR.
  • Inisiatif ini akan ditawarkan kepada penerima BPR kategori isi rumah terdahulu bermula 30 September 2021, sebelum dibuka kepada penerima BPR di kategori yang lain dalam masa terdekat

 

Cara menyemak kelayakan dan menebus baucar:

  1. Semak kelayakan di www.myPTV.my
  2. Menebus baucar di www.hlmtserv.com/en/Products/Tenang.aspx atau www.mycoverage.my/perlindungan_tenang/

 

Tarikh Program Baucar Perlindungan Tenang berkuatkuasa:

Program Baucar Perlindungan Tenang berkuatkuasa mulai 30 September 2021 sehingga 30 September 2022.

Untuk sebarang masalah penyemakan kelayakan atau mempunyai apa-apa persoalan mengenai Program Baucar RM50:

Anda boleh menghubungi pusat panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di talian 03-77239333 atau layari www.myptv.my or www.mycoverage.my

Soalan Lazim (FAQ)

FAQ – Program Baucar Perlindungan Tenang (BM)

FAQ – Perlindungan Tenang Voucher (Eng)